Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

AMALAN - AMALAN UNTUK MENDAPATKAN LAILATUL QADAR

Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar
‘Qiamullail’ atau memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’ adalah suatu malam yang dimana malam ini adalah merupakan malam yang memiliki keutamaan dan keistimewaan yang luar biasa, yaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan atau bisa juga dikatakan sebagai malam yang penuh kemuliaan.

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadan ialah kemunculan malam penuh berkah yang lebih baik daripada seribu bulan.  (‘Malam al-Qadar’)
.
Rasulullah SAW. bersabda: Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. (Hadist riwayat Ibnu Majah)

Tanda Turunya Malam Lailatul Qadar

Rasulullah SAW bersabda:  “Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”   (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Amalan Rasulullah SAW di Malam Lailatul Qadar 

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).
.
Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:
      1. Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
      2. Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
      3. Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
      4. Uzlah (tidak mendekati) isteri.
      5. Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
      6. Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
      7. Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
      8. Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
      9. Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
      10. Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
      11. Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

      Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
         Rasulullah SAW sering membaca doa di bawah sebelum Baginda melakukan Qiamullail

        Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar
        Doa Rasulullah Sebelum Qiamullail
        Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar
        Doa Lailatul Qadar

        Amalan di Malam Lailatul Qadar

        Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, yaitu mulai 12.00 tengah malam ialah;
          1. Mengambil wudu  dan mendirikan Sholat Sunah .
          2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
          3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
          4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
          5. Membaca Al-Quran.
          6. Beristighfar dan berzikir
          Beristighfar dan berzikir
          . 7.  Bertasbih dan bershalawat
          Bertasbih dan bershalawat
          8. Bersolat Sunat.
            ** Solat Sunah Taubat – Mohon keampunan.
            ** Solat Sunah Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
            ** Solat Sunah Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
            ** Solat Sunah Witir. – Solat Penutup

            Amalan Orang Uzur (Malam 21-30)

            Cara beramal orang uzur di malam Lailatul Qadar.

              1. Kepada orang tua dan lemah, untuk mendapatkan berkah di malam laliatul qadar diantaranya dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjamaah.

                2. Solat berjamaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadhan. Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”
                  . Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang, bacalah:
                    ** Ayat akhir surah Al Baqarah
                    ** Ayat Kursi
                    ** Surah Yaasin
                    ** Surah Al Zalazah
                    ** Surah Al Qafirun
                    ** Surah Al Ikhlaas

                    3) Bagi orang yamg kuat dan cerdas;
                      ** Bangunkan isteri dan anak
                      ** Mandi, bersuci dan berwuduk
                      ** Solat malam – Tahajjud,Taubat,Tasbih,Hajat,Istikharah
                      ** Baca Al Quran.


                      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih).


                      Marilah di 10 malam terakhir bulan ramadhan ini kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita sexara ikhlas dan penuh harap agar kita mendapatkan kebaikan di malam lailatul qadar , yang kita tahu pahalanya melebihi 1000 bulan atau setara dengan beribadah selama 83 tahun 

                      Walahu alam

                      Follow Blog Orang IT dan Like FansPage helmykkediri serta untuk Donasi kepada Admin jangan lupa klik iklan yang ada di blog ini sekian dan terimakasih    

                      0 Response to "Amalan Untuk Mendapatkan Lailatul Qadar "

                      Posting Komentar

                      Terimakasih telah membaca artikel di Blog Orang IT , berikut tata cara berkomentar yang baik dan benar

                      1. Dilarang menyisipkan link aktif dikomentar blog

                      2. Dilarang meletakkan URL langsung di komentar blog

                      3. Komentar tidak relevans tidak akan disetujui

                      4. Berkomentar minimal 5 kata

                      5. Jangan buang waktu anda untuk nyepam karena tidak akan saya tampilkan komentar anda

                      6. Komentar sara jangan pake fake akun , kayak pecundang saja

                      Semoga anda berkenan menaati aturan yang saya buat sekian dan terimakasih